Permohonan Ahli PEBEDAS
Syarat-syarat untuk menjadi ahli pertubuhan belia ini adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia;
Terbuka kepada Kumpulan Kaum Dayak sama ada melalui bapa ataupun ibu (salah seorang berketurunan Dayak).
Kumpulan Kaum Dayak berumur tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak melebihi 40 tahun;
Tidak menjadi ahli atau memegang jawatan dalam sebarang pertubuhan belia lain;
Sanggup mematuhi peraturan atau perlembagaan pertubuhan belia ini pada setiap masa;
Permohonan untuk menjadi ahli pertubuhan belia ini hendaklah dibuat dengan mengisi borang ahli dan hendaklah dihantar kepada Setiausaha untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Kerja
Pertubuhan Belia untuk kelulusan.
Jawatankuasa Kerja Pertubuhan Belia boleh menolak mana-mana permohonan untuk menjadi ahli tanpa perlu memberi sebarang sebab dan keputusannya adalah muktamad.
Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan hendaklah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan yang pertama.
Seseorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli pertubuhan belia ini kecuali mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti atau Kolej Universiti berkenaan.
Borang permohonan keahlian boleh didapati daripada Setiausaha PEBEDAS Cawangan Kuching, Encik Braulsten di talian : 017-8577648.
No comments:
Post a Comment